Wednesday, October 29, 2014

Dalam kenangan

Musim cuti sekolah ni banyak majlis kenduri pasti akan berlangsung. Baik dikampong mahupun di bandar dan bermacam ragam dan gaya para pengantin akan beraksi pada hari besar mereka. Hanya sekali dalam hidup mereka untuk diraikan sebagai Raja Sehari.

'Lani ramai orang nak buat video kawinkan'. tanya cuki masa membeli perkakas kahwin adiknya.
'Yelah, dulu orang suka tangkap gambar, tapi sekarang orang dah suka buat video dan sharekan kat Youtube'. Jawab aku sambil menjeling budak kaunter disitu.
'Yelahkan, bila share di Youtube satu dunia boleh tgkkan..sedara mara kat UK,US pun boleh tgk majlis kita tu.. ' cerita cuki mengiyakan cerita aku.

Inilah kelebihan teknologi masa kini, semuanya boleh dikongsi serta boleh disimpan untuk tatapan anak2 dimasa hadapan. Kenangan sebuah video amat berbeza dengan sekeping gambar.




Tuesday, October 21, 2014

Gua dah cakap dah...lu tak mo dengar

Macam2 jenis pemasaran yang kita lihat di pasaran sekarang. Kalau dilembah kelang ni, iklan AHLONG lah yang cukup banyak di pamerkan ditepi jalan mahupun dilekatkan dimana2. Mungkin AHLONG merasakan dengan cari ini sahajalah mesej produk mereka sampai kepada para pelanggan2 mereka.
'
'Iklan begini mengotorkan sekeliling dan mengganggu kehidupan kita seharian,'. kata pelancong kpd aku ketika berjalan2 di sekitar shah alam.

Zaman kini maklumat adalah amat perlu bagi setiap produk yang hendak dijual. Manusia kini terpaksa menyelidik sehingga keakar umbi untuk mencari jawapan bagi setiap permasalahn yang mereka hadapi kini. Oleh itu medium youtube amat diperlukan dalam mengembangkan maklumat produk mereka dipasaran.

Video ini ada jawapannya insyaAllah.


Saturday, October 18, 2014

Proton iriz tu.....

'Apakata saya bantu abg buat video untuk abg pasarkan di alam maya'. Tanya aku pada salesman proton di subang jaya.
'Betul ke bang, saya tak pandai nak berlakon ni !'. jawab kawan tu.
'Kita buat santai-santai jer, saya tanya soalan abg jawab jer soalan tu.' Terang aku pada dia.
'Ok bang, saya ready sekarang'. 

Seronok salesman tu bila aku nak bantu dia buat marketing melalui Youtube. So rakaman dilakukan secara santai dan tanpa perlu skrip itu dan ini dan akhirnya berjaya mencipta sebuah video marketing yang aku hadiahkan buat beliau. Semoga video ini mampu menaikkan jumlah jualan bulanan beliau insyaAllah.


Promo


Thursday, October 16, 2014

Rintihan sang nelayan

'Petang ni turun kesungai tak kama?' Tanya aku satu petang yang agak mendung.
'Turun gak, jomlah ikut shooting aku jala udang'. Jawab kama mengajak aku turun kesungai bernam dalam misi mencari udang galah buat kelangsungan hidupnya.

Atas rasa simpati dan ingin membantu apa yang mampu dalam kehidupannya, aku turun lagi bersama dia untuk merakamkan dunia sebenar diatas sungai bernam ini. Kali ini sudah 2 kali aku 'shoot' kehidupannya dan semoga kali ini dapat membantu lagi hidupnya.

Selain daripada nelayan, beliau juga menyewakan sampan2nya kepada pengail2 yang berminat. Beliau akan membawa para pengail kelubuk2 tertentu agak kepuasan memancing dapat dirasai diatas sungai ini. Sedikit buat kita besar buat mereka. Jika ada yang berminat untuk memancing udang galah disana, bolehlah hubungi saudara Kama ditalian 019-4223575.

Jika anda ingin merakamkan sebarang aktiviti ditempat anda , mungkin kami boleh membantu siapkan sebuah kenangan yang paling indah untuk tatapan anda semua. 
 
(Tidak terhad pada perniagaan sahaja, sebarang majlis seperti majlis hari jadi, kenduri doa selamat, majlis sambutan anak berjaya dalam peperiksaan, rakaman sekitar majlis perkahwinan (hari kenduri sahaja) dan sebarang acara yang difikirkan sesuai.)

Bayaran? Jangan takut, harga kami tidak mahal macam pro2 yang lain dipasaran. Kami cuma ingin membantu anda merakamkan dunia anda untuk dijadikan tontonan abadi suatu hari nanti. 

Harga yang kami tawarkan amatlah berbaloi dengan bujet anda. Brapa?
RM500** sahaja persesi.

(harga untuk shooting,editing dan publishing shj, tidak termasuk caj-caj penginapan dan perjalanan >> untuk pelanggan outstation)
Hubungi kami di talian 019271703 untuk keterangan lanjut. Sebarang tempahan perlu diberi masa antara 1 minggu ke 2 minggu untuk mendapatkan tarikh yang dikehendaki.

Sunday, October 12, 2014

Disini kejayaan tercipta

Kenangan yang divideokan lagi senang untuk diingati berbanding sebuah gambar. Ini ditambah bila kita terlibat dalam kursus2 tertentu yang mana kita tidak mengenali sesama peserta. Untuk senang diingati maka video sebegini senang untuk peserta2 mengingati rakan2 baru mereka.

'Thank you bro dengan video ni, senang aku nak kenal kawan2 baru ni..aku ni malu nak borak2 dengan dorg ni'. Jelas seorang peserta kursus di ipoh baru2 ini.
' Yang penting hubungan sesama korang dan rangkaian perniagaan korang menjadi lebih luas.' Jelas aku untuk tujuan apa aku buat video begini..


Jika anda ingin merakamkan sebarang aktiviti ditempat anda , mungkin kami boleh membantu siapkan sebuah kenangan yang paling indah untuk tatapan anda semua. 
 
(Tidak terhad pada perniagaan sahaja, sebarang majlis seperti majlis hari jadi, kenduri doa selamat, majlis sambutan anak berjaya dalam peperiksaan, rakaman sekitar majlis perkahwinan (hari kenduri sahaja) dan sebarang acara yang difikirkan sesuai.)

Bayaran? Jangan takut, harga kami tidak mahal macam pro2 yang lain dipasaran. Kami cuma ingin membantu anda merakamkan dunia anda untuk dijadikan tontonan abadi suatu hari nanti. 

Harga yang kami tawarkan amatlah berbaloi dengan bujet anda. Brapa?
RM500** sahaja persesi.

(harga untuk shooting,editing dan publishing shj, tidak termasuk caj-caj penginapan dan perjalanan >> untuk pelanggan outstation)
Hubungi kami di talian 019271703 untuk keterangan lanjut. Sebarang tempahan perlu diberi masa antara 1 minggu ke 2 minggu untuk mendapatkan tarikh yang dikehendaki.

Monday, October 6, 2014

Terkorban disini.

Aidil adha kali ini nak shoot kat kampong halaman plak. Asyik shoot ditempat orang kali ini aku pulang kekampong pula untuk menabur bakti disana.

Perjalanan balik raya kali ni agak tenang jalanrayanya. Mungkin ramai yang sudah pulang kekg halaman lebih awal. Dengan kelajuan 30km/jam aku menikmati pemandangan Shah Alam-Hutan Melintang dengan penuh takjub dan syukur kerana aku dilahirkan dalam agama Allah.

Korban tahun ni dimasjid HM akan menumbangkan 2 ekor lembu yang disumbangkan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi MP Bagan Datoh dan seorang ahli jemaah disitu. Kemeriahan majlis korban yang sukar digambarkan oleh kata-kata dapat dirasakan dalam video ini. 

Semangat kekeluargaan jelas terpancar diwajah para orang kampong dalam menumbangkan lembu-lembu yang gagah dan kuat... 
Jika anda ingin merakamkan sebarang aktiviti ditempat anda , mungkin kami boleh membantu siapkan sebuah kenangan yang paling indah untuk tatapan anda semua. 
 
(Tidak terhad pada perniagaan sahaja, sebarang majlis seperti majlis hari jadi, kenduri doa selamat, majlis sambutan anak berjaya dalam peperiksaan, rakaman sekitar majlis perkahwinan (hari kenduri sahaja) dan sebarang acara yang difikirkan sesuai.)

Bayaran? Jangan takut, harga kami tidak mahal macam pro2 yang lain dipasaran. Kami cuma ingin membantu anda merakamkan dunia anda untuk dijadikan tontonan abadi suatu hari nanti. 

Harga yang kami tawarkan amatlah berbaloi dengan bujet anda. Brapa?
RM500** sahaja persesi.

(harga untuk shooting,editing dan publishing shj, tidak termasuk caj-caj penginapan dan perjalanan >> untuk pelanggan outstation)
Hubungi kami di talian 019271703 untuk keterangan lanjut. Sebarang tempahan perlu diberi masa antara 1 minggu ke 2 minggu untuk mendapatkan tarikh yang dikehendaki.

Thursday, October 2, 2014

teringat masa tu kan..

 Bila tertengok sekeping gambar lama tu, teringat masa tu yang penuh warna warni. Gambar pun dah pudar warnanya tapi kenangan tetap mekar bersemi.

"Tapi bila aku tengok video tu semalam, pehh!! aku rasa macam kembali terus kezaman tu lah beb!'. kata din bila tengok video dia semasa di kolej dahulu.
'Inilah penangannya bila kita ada kenangan dalam bentuk video berbanding sekeping gambar'. Terang aku pada din.

Kalau kita mula merekodkan video perkembangan anak2 sejak dari kecil lagi dan kongsikannya di Youtube, pasti ianya satu hadiah paling bermakna buat anak2 bila mereka dewasa nanti.

 

Jika anda ingin acara sambutan hari jadi anak anda dirakamkan dan dikongsikan di channel
yang anda sukai, mungkin kami boleh membantu siapkan sebuah kenangan yang paling indah untuk tatapan keluarga anda diseluruh dunia. 
(Tidak terhad pada perniagaan sahaja, sebarang majlis seperti majlis hari jadi, kenduri doa selamat, majlis sambutan anak berjaya dalam peperiksaan, rakaman sekitar majlis perkahwinan (hari kenduri sahaja) dan sebarang acara yang difikirkan sesuai.)

Bayaran? Jangan takut, harga kami tidak mahal macam pro2 yang lain dipasaran. Kami cuma ingin membantu anda merakamkan dunia anda untuk dijadikan tontonan abadi suatu hari nanti. 

Harga yang kami tawarkan amatlah berbaloi dengan bujet anda. Brapa?
RM500** sahaja persesi.

(harga untuk shooting,editing dan publishing shj, tidak termasuk caj-caj penginapan dan perjalanan >> untuk pelanggan outstation)
Hubungi kami di talian 019271703 untuk keterangan lanjut. Sebarang tempahan perlu diberi masa antara 1 minggu ke 2 minggu untuk mendapatkan tarikh yang dikehendaki